Terma & Syarat


  1. Kadar sewaan dikira berdasarkan 24 jam. Walau bagaimanapun, tempoh tangguh selama 1 jam adalah dibenarkan selepas masa yang ditetapakan.
  2. Tambahan masa akan dikenakan 10% dari kadar harian untuk setiap jam. Tambahan masa 6 jam akan dikira sewa seharian. Kadar tertakluk kepada perubahan tanpa notis awal.
  3. Kadar sewaan termasuk pampasan penuh untuk kemalangan yang tidak disengajakan kepada harta pihak ketiga dan kecederaan badan. Walau bagaimanapun, penyewa hendaklah sentiasa bertanggungjawab untuk jumlah yang bersamaan dengan klausa berlebihan tidak melebihi sebagaimana di bawah ini:

    Kumpulan CC Jumlah (RM)
    A Bawah 1000cc RM 1,500
    B 1001 - 1300cc RM 2,000
    C 1301 - 1500cc RM 2,500
    D 1501 - 2000cc RM 3,000
    E 2001cc dan keatas RM 5,000
  4. Penyewa bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan, kecuaian, tindakan ceroboh, calar, tayar punca, tayar pecah, kesilapan bahan api, kekurangan elektrik disebabkan terlupa menutup peranti elektrik, kehilangan atau kerosakan aksesori kenderaan, dan kerosakan tingkap, cermin dan undercarriage.
  5. Sekiranya kemalangan atau kerosakan terhadap kenderaan disebabkan oleh pihak ketiga, maka penyewa bertanggungjawab untuk mangambil butiran pihak ketiga seperti nombor pendaftaran kenderaan, nama pemandu dan nombor lessen memandu. Sekiranya tuntutan tidak dapat dilakukan terhadap insurans pihak ketiga, oleh itu semua kerosakan akan ditanggung oleh penyewa tertakluk kepada klausa berlebihan seperti yang dinyatakan dalam terma dan syarat no. 3.
  6. Penyewa haruslah memaklumkan kepada syarikat kami dan membuat laporan polis dalam masa 24 jam setelah kemalangan berlaku atau semasa anda mendapati kecurian atau kerosakan dan dapatkan laporan polis dalam bentuk tulisan.
  7. Penyewa bertanggungjawab untuk semua yuran parkir atau saman/denda daripada JPJ/DBKK/Trafik yang dikenakan semasa tempoh sewaan.
  8. Kawasan sewaan adalah dalam linkungan radius 200km daripada Bandar Kota Kinabalu. Pemanduan melebihi 200km akan dikenakan bayaran minima RM500 dan tertakluk dengan persetujuan syarikat.
  9. Sebarang kerosakan pada bumbung/atap kenderaan van akan dikenakan bayaran RM1,000 – RM5,000.